Thursday, May 31, 2012

part 2

trettt, treeet.
telefon dalam kocek seluar aku bergetar, menandakan ada panggilan masuk. aku tengok pada paparan skrin telefon aku, tertera nama JAN. jelas aku nampak nama itu dan ada perkataan memanggil, ini kerana jan yang menelefon aku. aku tekan butang hijau dan aku letakkan telefon ditelinga. aku dapat dengar suara jan dengan jelas, walaupun aku tahu dia bukan berada dekat dengan aku mungkin dalam lingkungan 5 atau 10 kilometer dengan aku. tapi dengan telefon ini aku dapat mendengar suaranya dengan begitu jelas, begitulah canggihnya teknologi masa kini. yang jauh didekatkan, alat perhubungan yang sebegini sangatlah banyak kebaikannya jika diguna dengan cara yang baik. mungkin aku mula menyukai teknologi.
"ada mana?" tanya jan
"ada kat kedai" jawab aku
"balik kampung sat" kata jan
"buat apa?" aku pula yang bertanya
"jom pi tengok pukat burung" jawab jan
"ok" balas aku pendek.

lepas perkataan ok itu aku menekan butang warna merah. talian dimatikan. aku menghabiskan sisa-sisa rokok yang ada ditangan. rokok yang sebatang lagi masih belum dibakar.mungkin kerana mood aku untuk menghisap rokok yang satu lagi dihilangkan oleh mood untuk balik ke kampung dan jumpa jan untuk pergi memeriksa pukat burung yang kami pasang 2 hari yang lepas. dalam sehari pasti kami akan pergi memeriksa pukat burung itu sebanyak tiga atau empat kali. itulah cara yang terbaik jika tidak mahukan burung-burung yang terlekat di pukat mati kerana kepanasan atau kebuluran. walaupun kami menahan burung dengan pukat, tidak bermakna kami menyeksa burung-burung yang kami tahan. jika pukat mengena burung yang boleh dimakan, kami akan menyembelihnya, dan jika burung itu tidak boleh dimakan, kami akan lepaskannya. dari situ sudah boleh ditafsir bahawa kami bukanlah orang yang kejam dan zalim terhadap binatang.

aku pusing kunci motosikal aku kearah kanan untuk menghidupkan motosikal aku. aku pijak "ingko" sebanyak dua kali, dan menderulah enjin motosikal aku berbunyi. aku tekan pedal sebelah kiri dan pulas minyak perlahan-lahan, dan dengan perlahan motosikal aku bergerak meninggalkan kedai bang li.

*senyum.

No comments:

Post a Comment