Thursday, May 31, 2012

part 2

trettt, treeet.
telefon dalam kocek seluar aku bergetar, menandakan ada panggilan masuk. aku tengok pada paparan skrin telefon aku, tertera nama JAN. jelas aku nampak nama itu dan ada perkataan memanggil, ini kerana jan yang menelefon aku. aku tekan butang hijau dan aku letakkan telefon ditelinga. aku dapat dengar suara jan dengan jelas, walaupun aku tahu dia bukan berada dekat dengan aku mungkin dalam lingkungan 5 atau 10 kilometer dengan aku. tapi dengan telefon ini aku dapat mendengar suaranya dengan begitu jelas, begitulah canggihnya teknologi masa kini. yang jauh didekatkan, alat perhubungan yang sebegini sangatlah banyak kebaikannya jika diguna dengan cara yang baik. mungkin aku mula menyukai teknologi.
"ada mana?" tanya jan
"ada kat kedai" jawab aku
"balik kampung sat" kata jan
"buat apa?" aku pula yang bertanya
"jom pi tengok pukat burung" jawab jan
"ok" balas aku pendek.

lepas perkataan ok itu aku menekan butang warna merah. talian dimatikan. aku menghabiskan sisa-sisa rokok yang ada ditangan. rokok yang sebatang lagi masih belum dibakar.mungkin kerana mood aku untuk menghisap rokok yang satu lagi dihilangkan oleh mood untuk balik ke kampung dan jumpa jan untuk pergi memeriksa pukat burung yang kami pasang 2 hari yang lepas. dalam sehari pasti kami akan pergi memeriksa pukat burung itu sebanyak tiga atau empat kali. itulah cara yang terbaik jika tidak mahukan burung-burung yang terlekat di pukat mati kerana kepanasan atau kebuluran. walaupun kami menahan burung dengan pukat, tidak bermakna kami menyeksa burung-burung yang kami tahan. jika pukat mengena burung yang boleh dimakan, kami akan menyembelihnya, dan jika burung itu tidak boleh dimakan, kami akan lepaskannya. dari situ sudah boleh ditafsir bahawa kami bukanlah orang yang kejam dan zalim terhadap binatang.

aku pusing kunci motosikal aku kearah kanan untuk menghidupkan motosikal aku. aku pijak "ingko" sebanyak dua kali, dan menderulah enjin motosikal aku berbunyi. aku tekan pedal sebelah kiri dan pulas minyak perlahan-lahan, dan dengan perlahan motosikal aku bergerak meninggalkan kedai bang li.

*senyum.

Monday, May 21, 2012

part 1

melalui jalan-jalan di tengah-tengah kampung seperti melalui jalan-jalan di denai-denai. sungguh nyaman rasanya. waktu pagi yang senyap sunyi, tiada deruman enjin kereta, tiada kesesakan lalu lintas, membuatkan aku terfikir, logiknya jalan yang kecil dan sempit ini dibina di kampung-kampung. walaupun kecil tapi ianya tidak pernah mengalami kesesakan yang melaupau seperti di Kuala Lumpur ataupun Pulau Pinang. jalan yang luas lagi lebar, tidak mampu menampung manusia-manusia yang sibuk dengan urusan mengejar kekayaan. Cuma kadangkala motosikal aku terhinjut-hinjut akibat kitidaksamarataan jalan-jalan ini akibat dilalui jentera-jentera berat seperti, traktor pembajak dan mesin menuai padi. Tapi semuanya biasa bagi aku.

Lepas masuk simpang dan membelok ke kiri, aku singgah di kedai Bang Li, Bang li ni singkatan dari Abang Razali, dah sememangnya orang-orang kampung menggelarnya sebegitu, maka aku pun ikut memanggil sebegitu. Bang Li ni sebenarnya dah lama membuka kedai, dulu kedainya berhampiran dengan kedai cuci kereta sahabat aku, tapi disebabkan kedudukan kedai runcit sebegitu tidak sesuai disebelah kedai cuci kereta, maka dia pun menyewa kedai baharu di tapak pekan sehari iaitu da kawan tanah milik koperasi kampung itu. Semakin lama semakim maju kedainya. Aku yang selalu beli barang kat kedai yang dimiliki oleh orang cina kini telah mengubah perinsip dengan membeli barang di kedai Bang Ali pula.

Dua batang rokok aku beli tadi, satunya aku bakar dan sedut asapnya, yang satu lagi, aku pegang dengan kemas takut nanti rokok itu patah. Rokok ni kalau dah patah, susah nak isap, selalunya kalau rokok yang patah aku buang saja, menyusahkan kalau nak isap. tapi kalau ada orang yang minta, aku takkan banyak berfikir, bagi je terus. Nampak sangat yang aku ni terlalu baik hati. Sambil menunggu bara api dari rokok yang di sedut asapnya itu sampai ke puntung, aku lepak di atas motosikal aku yang aku parking bawah pokok jati yang rendang sebelah kedai Bang Li tu. Nikmat rasanya, bukan aku tak mahu beredar dari situ, tapi rokok ni, kalau isap masa bawak motosikal, cepat sangat habis, belum dapat feel sebenar dah habis. Memang rugi la, lagipun sebelum aku sampai kat kedai ni, aku ada makan nasi kat rumah tadi. Rokok yang kat rumah dah habis, sebab itulah aku dengan tergesa-gesa datang ke kedai Bang Ali ni. Nak ambil feel isap rokok lepas makan nasi. Kalau tak percaya boleh tanya kepada penagih nikotin tegar, waktu yang paling feel kalau nak isap rokok. pasti ada dua jawapan sahaja yang akan diterima, kalau bukan lepas makan nasi pastilah masa nak membuang. Aku yakin dengan itu.